Total Pageviews

Thursday, September 30, 2010

FAHAMI HUKUM TAKLID





FAHAMI HUKUM TAKLID


Taklid,adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab;taqlid,yang bererti meniru,menurut,menyerah,menghiasi dan menyalin.Dalam terminologi Islam disebutkan bahawa taklid adalah mengambil atau mengikut tindakan dari para ulama atau kalangan mazhab tertentu tanpa diketahui terlebih dahulu dasar hukum yang ada dalam al Quran dan hadis-hadis

            Rasyid Ridha ,seorang ulama terkemuka,menilai bahawa sikap taklid tidak sahaja ditujukan kepada para ulama,tetapi juga kepada pemimpin.Orang yang bertaklid atau muqqalid tidak mempersoalkan kebenaran melalui sumber-sumber yang sepatutnya seperti merujuk kepada al Quran,hadis-hadis sahih,bahan-bahan bacaan yang konkrit,sekadar membanarkan pendapat yang diperkatakan.

            Sikap taklid sebenarnya telah muncul pada seawal abad ke-4 Hijrah,sepeninggalan zaman empat tokoh fiqih dalam dunia Islam.Sejak itu banyak orang melakukan taklid secara ekstrim,radikal bahkan memuja-muja tokoh-tokoh pujaan mereka sambil menyatakan bahawa mazhab mereka adalah benar sementara yang lain salah.

            Padahal Imam Malik dalam Jami’ Bayan al Ilm(buku tulisan Imam Malik) menyatakan bahawa “Aku hanya manusia biasa yang mana pendapatku mungkin benar,dan mungkin salah.Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan”,bermaksud disini bahawa sekalipun pendapat itu dating dari tokoh-tokoh,ulama-ulama dan bahkan pemimpin yang besar maka hendaklah kita meneliti dan berbalik kepada al Quran dan Sunnah.Begitu juga halnya dengan Imam Syafie yang mana pernah menegur Abu Ishaq,salah seorang anak muridnya yang mengikuti segala apa yang diperkatakannya tanpa meneliti dan mengkaji secara mendalam dari perspektif hukum Islam.

            Dalam empat mazhab,taklid atau fanatisme,ulama fiqih merujuk kepada dua hal iaitu yang berhubungan dengan akidah(ushulliyah) dan ibadah(furu’iyyah).Sebahagian ulama berpendapat bahawa taklid dalam soal akidah adalah haram,yakni seseorang sepatutnya menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah S.W.T,bukan terlalu taksub mengikuti membuta tuli.Sedangkan dalam ibadah pula sebahagian ulama membenarkan taklid.

            Memang pada dasarnya,secara praktiknya sukar untuk kita menentukan hukum taklid.Kebanyakan masyarakat pula kurang pendedahan secara dalam mengenai ilmu fiqih,justeru jumhur ulama membahagikan taklid kepada dua iaitu taqlid al-mahmud(taklid yang terpuji) dan taqlid al-mazmum(taklid yang tercela).

            Taklid al-mahmud adalah taklid yang mana orang biasa sperti kita yang tidak mampu melakukan ijtihad,walaupu pintu ijtihad senantiasa terbuka tetapi tidak mampu untuk melakukan.oleh kerana itu boleh dipraktikkan taklid al-mahmud.

Para ulama pula berpendapat bahawa taklid kepada satu mazhab fiqih bukan tindakan yang salah,tetapi persoalannya disini apabila pengikut atau muqqalid tersebut beranggapan bahawa mazhab yang diikutinya adalah yang terbaik,yang benar dan yang lain pula salah itulah yang menjadikan taklid tersebut menjadi salah.

Mengikuti atau bertaklid pada satu mazhab ada manafaatnya seperti memudahkan kita memahami hukum Islam dan tidak membingungkan bagi kita orang-orang biasa tetapi sikap fanatisme sesetengah muqqalid boleh memesongkan akidah bagi yang kurang memahaminya.

Taqlid al-mazmum pula adalah seperti yang telah dinyatakan diatas sebelum ini iaitu fanatic terhadap tokoh-tokoh tertentu dan mengikuti tanpa meneliti,mencari kebenaran dalam pendapat-pendapat yang perkatakan.Maka muqqalid yang fanatic sepatutnya meneliti al Quran serta hadis-hadis yang sahih,dalil-dalil yang kuat dan kukuh.

Akhir kata saya berseru kepada yang fanatic sangat tak kiralah kepada siapa pun,yang dok rancak mengikuti mana-mana parti politik jangan lah terlalu fanatic kerana sebelum kita menghakimi bahawa yang seseorang itu betul berdasarkan pendapatnya,perlu untuk kita merujuk kembali kepada panduan yang benar iaitu al Quran yang mana menjadi panduan yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T




                                      Mutiara kata

Kemuliaan seorang muslim
Sahal as Said menceritakan,Jibril datang kepada Rasulullah S.A.W dan memberitahu bahawa ; Wahai Muhammad,ketahuilah kemuliaan seseorang mukmin itu ada pada solat malamnya.dan keperkasaannya ada pada sifat menahan diri dari meminta-minta kepada orang lain(HR Thabrani)



No comments:

Post a Comment